HYE EVERYBODY ! al kisah minggu ni aku mengalami demam cecair dikenali sbg (chicken pox) adooii.. berbintik bintik merah dah satu badan aku, sungguh sadis sekali.. tu lah kan, jangan jadi sukarelawan, lepas tu diri sendiri tak tertawan..;D bermulanya, nak jadi seorang adik yang baik lah kan, sebab abg aku si shafix tu kena demam cecair.. siapa lagi yang nak tolong merawat dia, kalau bukan aku ni kan.. haha.. seminggu lebih jugak lah aku merawat dia sebagai nurse tak bertauliah kan. letak ubat satu badan, lap kan badan dia, masa dia demam tu.. sampai lah dia dah elok sabtu lepas.. legaa lah aku kan, sebab dia dah elok.. sihat jugak lah dia semasa dibawah rawatan aku.. haha..dan aku pun buat la rutin sebagai seorang pelajar sekolah, yang nak menduduki spm, baca lah buku sebab mid year exam dah nak bermula.. minggu lepas aku ok dan dapat jawab exam dengan baik sekali.. alhamdulillah.. lepas tu, malam semalam tiba tiba badan aku ada bintik bintik merah. aku buat tak tahu je lah, sebab ingat kan kesan gigit nyamuk, sampai lah bangun tido pagi tadi.. ha amik kauu.. satu badan aku dah didatangani bintik bintik merah.. ish, memang lah menggelabah tak tentu pasal dah.. sebab mak aku kata dekat aku yang aku dah kena demam cecair, pelik jugak la kenape lah kena lagi sekali.. jadi, duduk lah diam diam kan.. fikir punya fikir,boleh terlupa pulak kan, jadi nurse tak bertauliah untuk abg aku masa dia demam cecair masa seminggu labih hari tu.. haishh, sangat sadiss.. jadi, terima lah hakikat yang virus abg aku tu, berjangkit dengan aku.. :( pergi lah bukak internet, walaupun tak serious sakit ni,tapi bajet serious pulak :) .. cari punya cari, dapt jugak cari punca punca demam cecair.. rupanya, boleh berjangkit melalui virus, boleh berjangkit melalui, bercakap, persekitaran, dan bersentuhan.. memang sah lah aku bersentuhan dengan abg aku, sebab aku yang merawat dia kan.. hadoii.. harap harap cepat lah elok kan, sangat sakit bila bintik bintik merah tu, baru nak tumbuh.. jadi, aku tak dapat lah nak datang untuk exam aku minggu ni, sedih sangat, sebab dah target nak lulus semua subjek .. memang tak ada rezeki lah kan dan dugaan yang allah nak bagi dekat aku. orang tua tua cakap, bila kena demam cecair, hapuskan dosa dosa kecil.. jadi, harap sangat cepat sembuh.. :(




No comments:
Post a Comment