cerita antara kita mungkin sudah tamat ketika ini... kerana kau sudah memiliki seseorang yang sempurna dan seseorang yang kau sayang dalam kehidupan kau sekarang ni.. aku tak boleh menafikan perasaan aku dan hati aku.. aku tak boleh menipu diri aku lagi walaupun aku mengaku yang aku akan terima apa sahaja yang berlaku kelak.. tapi perasaan aku tak boleh ditipu lagi.. sejak kau memiliki seseorang yang kau sayang, hati kecil aku berasa sedih dan menangis.. aku tak tahu perasaan sedih itu datang sendiri dari lubuk hati aku sendiri.. kenapa semua ni terjadi? aku tak mahu memberitahu kau tentang apa yang aku rasa bila kau sudah dimiliki orang lain kerana aku tak mahu mengganggu kebahagiaan kau dengan si dia.. aku sanggup berdiam diri dan memendam rasa dengan apa yang aku rasa kan...adakah itu yang terbaik? aku tidak merasakan yang kita seperti dahulu lagi.. kita sudah tidak mesra lagi sebagai kawan.. jika ini takdir antara aku dan kau, aku terima dengan seadanya.. aku akan melihat kau dari jauh dengan insan yang kau sayang.. jika kita ditakdirkan bersama nanti, aku terima..kerana aku percaya jodoh, ajal, maut di tangan tuhan.. jika kita tidak ditakdirkan bersama, mungkin ada hikmah disebalik semua ini.. aku mendoakan kau bahagia dengan si dia yang kau sayang.. menerima semua ini pada awalnya, amat memeritkan.. mungkin aku akan berjumpa seseorang suatu hari nanti..
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.
Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.




No comments:
Post a Comment