aku ingin mengatakan kepada kau bahawa aku sangat bahagia di atas perhubungan kita dahulu dan aku sangat berterima kasih kerana kau insan yang pernah wujud di dalam kehidupan aku.. saat kita bersama telah pun berakhir untuk selama lamanya.. adakah ini keputusan yang kau pilih? di saat kau berkata aku hanya "seorang teman di dalam kehidupan kau dan kau telah melupakan kisah antara kita dahulu, dan kau ada kehidupan yang baru dan paling menyakitkan lupakan lah kau di dalam kehidupan aku" .. tak terkata ape perasaan aku pada masa tu.. insan yang aku sayang dan insan yang paling penting dalam kehidupan aku telah pergi dan bahagia dengan seorang wanita yang lain.. bila aku fikirkan semula, betapa senang kau melupakan semua tu, betapa senang kau menghapuskan aku di dalam kehidupan kau... itulah manusia yang tidak pernah memikirkan perasaan orang lain.. aku sangat sangat terluka di atas perpisahan kita kerana kau sangat egois.. dan aku tahu aku perlu mengalah dengan semua ini, demi melihat kau bahagia.. sampai ke hari ini, aku masih senyum di hadapan kau walaupun hati ini disakiti.. hari demi hari, aku berfikir mungkin jodoh aku dengan insan yang lain dan mungkin lebih baik lagi.. aku tidak menangis lagi dan aku sentiasa menuju kehadapan di dalam kehidupan aku.. sesungguhnya, aku sangat bahagia di atas semua ini, dan memberikan aku pengajaran yang lebih bermakna di dalam kehidupan aku..
" wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, mintalah kepada tuhanmu, tuhanku dan tuhan semua manusia , kesudahan yang terbaik kisah kita.. memintalah kepadanya agar iman yang tipis ini mampu bertahan , memintalah kepadanya agar menetapkan hati ini kepadanya "




No comments:
Post a Comment