Sunday, 18 September 2011

jangan jadi manusia yang suka mencari kesalahan orang lain..

tak tahu lah, ape nak jadi dengan manusia sekarang ni.. semakin hari, umur semakin bertambah, dan semakin hari hari kematian dekat dengan kita? tapi kenapa sesetengah orang ni, suka sangat menyibuk hal orang dan suka bawak mulut dan menceritakan aib orang.. tak takut mati ke nanti kakak? aku ni bukan lah pandai sangat pasal agama ni, tapi aku tahu adab seseorang manusia dan aku takut  dosa.. berhentilah, memikirkan hal orang dan fikir lah diri sendiri sahaja, bukan ke memeningkan kepala sendiri bila fikir masalah yang tidak ada kene mengena dengan diri sendiri.. biar lah orang lain punya masalah, orang lain yang selesaikan.. kita? hanya ,melihat dan memberikan nasihat yang baik, itu sahaja? bukan kita lagi memburukkan keadaan dan menambah kan lagi cerita.. cukup cukup lah.. tak bawak kemana pun semua tu kakak oi.. buat penat mulut je.. 


kita ni sebagai manusia tak sempurna pun, ada kesilapan dalam kehidupan kita.. tapi? peliknya manusia ni, bila seseorang ade kesalahan yang dibuat, cepat sangat nak menunding jari, cepat sangat nak bertindak tanpa berfikir? ape tu?  pelik sangat manusia ni.. kebaikan orang lain, tak nampak, tapi kesalahan nampak pulak? tak tahu lah aku.. sampai bila kita hidup nak menyibuk hal orang lain.. cukup cukup lah.. jadilah manusia yang hidup gembira tanpa ade masalah sedikit pun dengan orang sekeliling.. bersih kan lah hati, dan tenang tenang kan lah jiwa kita ni.. 


aku bercakap di atas dasar pengalaman hidupa aku, dan sekeliling aku yang pernah berlaku.. dan ingatan kepada aku dan semua, jadilah manusia yang mulia di sisi allah, kerana allah tahu ape yang kita lakukan itu dan ganjaran nya hanya allah yang menentukan.. siapa kita, baik ke kita, jahat ke kita? hanya allah sahaja yang tahu.. dan allah maha mengetahui segala galanya.. 

fikir fikir kan lah kehidupan kita pada masa akan datang.. dan kita kena ingat, hidup ini hanya sementara sahaja..

No comments:

Post a Comment