Saturday 24 September 2011

pengalaman hidup, jadi kan aku lebih tahu apa itu erti hidup..

salam semua.. hari ni aku nak kongsi pengalaman hidup aku, yang aku alami  sekarang dan aku nak berkongsi dengan korang apa yang aku lalui untuk tahun ni.. okay, tahun 2011 banyak pengalaman pahit yang aku lalui dalam kehidupan aku.. betul kata orang tua " bukan senang nak hidup " .. dan sekarang ni,aku tahu kesusahan dalam kehidupan.. tahun 2011 akan menjadi kenangan yang paling pahit sekali dalam kehidupan aku dan tahun 2011 ini lah, tahun yang aku akan ingat sampai bila bila hingga aku mati kelak..


apa yang berlaku dalam kehidupan aku pada tahun ini, aku kehilangan kakak ipar aku dan sekarang dia telah menjadi ' bekas kakak ipar aku ' kerana sebab sebab tertentu.. * faham faham lah ye * :) kehilangan kakak ipar aku membuat kan aku kehilangan seseorang yang amat besar sekali.. seseorang yang aku sayang dan seseorang yang aku rapat dah pergi dalam kehidupan aku.. first impression, memang terkejut sangat sangat dan aku selalu ingat kan dia.. selalu rindu kan dia sampai kadang kadang aku menangis.. sebab aku tak ada kakak, so, bila ada kakak ipar, aku anggap dia macam kakak aku sendiri.. bila dia tak ada aku dah tak ada tempat mengadu, aku dah tak ada tempat untuk aku menangis depan dia.. dia seorang kakak ipar yang banyak bagi aku semangat untuk hidup.. dan dia the most person that understand me..

lama lama, aku terima yang dia dah tak ada dalam kehidupan aku.. dan aku redha, sebab aku percaya apa yang berlaku telah dirancang oleh allah s.w.t.. dan aku terima ketentuan allah berikan.. dan aku teruskan kehidupan aku tanpa seorang kakak lagi.. orang kata, " jangan dikenang benda dah lepas, kalau dikenag tak kan kemana " dan sekarang, aku bakal dapat kakak ipar yang baru.. my second brother getting married early next year.. alhamdulillah.. di sebalik kejadian yang terjadi, ada orang baru datang dalam kehidupan aku dan keluarga aku.. i love my future sister in law so much..

belum selesai dengan masalah bekas kakak ipar aku, ada lagi masalah yang timbul.. orang tua tua kata ' sayang lah adik beradik kita sendiri, sebab dia adalah darah daging kita, dan jangan sesekali buka aib adik beradik kita sendiri, dan simpan aib adik beradik dengan baik ' dan satu lagi  ayat pakar motivasi bagi ' berikan lah seseorang itu nasihat atau pun semangat jika seseorang itu tengah mengalami musibah atau pun masalah, dan jangan lah menghina dan menjatuhkan mereka ' subhanallah.. takut aku bila dengar ayat yang macam tu.. itu lah yang terjadi terhadap keluarga aku..

tergamak seorang yang dinamakan makcik, bergaduh dengan mak aku sendiri di hadapan khalayak ramai di hospital besar seremban... pada masa itu, giliran mak aku hendak menjaga nenek aku yang sedang sakit.. seorang yang dinamakan makcik, telah menghina keluarga aku.. menghina aku dan adik beradik aku dan menghina mak aku di hadapan khalayak orang di dalam wad hospital itu.

seseorang yang dinamakn makcik menghina kami sekeluarga dengan perkataan ' berkata yang mak aku ini tidak berguna, menyesal dia seorang yang dinamakn makcik mendapat kakak macam mak aku' , ' anak anak mak aku semua tak berguna, aku pun tak heran kalau anak kau tak suka aku ' , ' padan muka mak aku dapat musibah ' , ' menganainya anak orang dan tak bagi duit se sen pun '  tergamak seorang makcik yang aku hormat, menghina keluarga aku dengan sedemikian rupa.. mana nilai nilai dia sebagai seorang manusia.. ya allah,, hanya allah sahaja yang tahu betapa perit nya aku mendengar cacian dari keluarga sendiri.. hanya allah sahaja tahu betapa sakit nya di hina macam tu.. siapa dia untuk menghina keluarga aku, siapa dia untuk bercakap sebegi tu rupa.. sedang kan nabi pun tak pernah menghina umat nya.

mak aku menangis , mengenang kan apa yang dikatan oleh adik nya sendiri.. dia tak hormat mak aku sebagai kakak dia, dan dia berani menghina kakak dia sendiri iaitu darah daging dia sendiri.. sejak daripada kejadian tu, aku down sangat.. aku fikir, apa salah kami semua sampai dia sanggup menghina kami sekeluarga.. sedangkan dia tak tahu apa apa pasal keluarga aku, kami sekeluarga tak pernah minta satu sen pun duit makan dengan mereka, kami sekeluarga tak pernah kacau dia sekeluarga langsung.. tapi? kenapa die tergamak untuk masuk campur dalam urusan keluarga kami, dan terus menghina kami sedemikin rupa..

lepas apa yang terjadi, aku sedar ' kehidupan sebenar ' apa yang terjadi, membuat kan aku lagi matang dan berani mempertahankan keluarga aku,, aku tak sanggup keluarga aku di hina lagi.. pada awal nya, aku tak ingin menceritakan hal keluarga di blog aku sendiri, sebab aku fikir, biar lah hal keluarga di simpan dan kami sekeluarga sahaja yang tahu..

tapi, bila aku baca blog sepupu aku, aku sangat terkejut, bila dia menceritakan hal keluargan dan memburukkan kan mak.. ya allah.. luluh nya hati aku.. kecewa nya aku bila aku membaca nya.. kenapa dia perlu ,menceritakan hal mak aku sedang aku tak pernah ingin untuk menceritakan hal mak dia.. aku hanya mendiamkan diri dan tak membuat apa apa tindakan.. but the second title that i read, again... dia bercerita lagi tentang mak aku.. tahap kesabaran aku dah lama di uji dan aku tak ingin orang memburukkan mak aku lagi..dan hari ini, aku menceritakan apa yang aku rasa selama ni..

dia siapa nak memburukkan mak aku, dia siapa nak menentukan keikhlasan seseorang dan dia siapa nak megetahui hati seseorang itu baik atau pun busuk.. kau siapa nak menentukan itu semua.. kau tak ada hak nak menentukan tu semua.. aku betul betul kecewa..

dan sekarang aku sedar, kadang kadang keluarga boleh membuatkan kita hancur.. tapi, aku ambil semua yang dah berlaku, sebagai satu pengajaran dalam kehidupan aku, supaya aku dan adik beradik  aku saling sayang menyayangi antara satu sama yang lain..

hidup tak bermakna kalau tak ada pengalaman yang pahit.. dan pengalaman yang pahit itu membuat kan aku sedar dan berhati hati dalam kehidupan.. dan aku tak memerlukan orang yang selalu ingin menjatuhkan aku.. dan aku lebih percaya kan orang luar yang aku rapat, untuk berkongsi masalah.. kadang kadang orang luar lebih memehami kita daripada keluarga kita sendiri.. cukup lah aku  bahagia dengan keluarga kecil aku.. aku bersyukur sangat..

* ini adalah sebahagin pengalam dalam kehidupan aku.. dan ingatan kepada korang semua, jaga ikatan ukhuwah persaudaraan itu dengan baik* 

' Ujian bagi seseorang yang berjaya bukanlah pada kemampuannya untuk menyelesaikan masalah, tetapi kesabarannya pada waktu dia menghadapi dan menyelesaikan masalah itu.


* aku berani bercakap macam ni, sebab aku ada kekuatan, dan aku yakin allah itu maha mengetahui.. *

No comments:

Post a Comment