Wednesday 2 November 2011

KAMU..

assalamualaikum semua.. :) malam ni tak tahu kenapa aku emosional sangat sangat.. aku menangis.. tiba tiba aku rasa kehidupan aku kosong.. kenapa jadi macam ni? kenapa hidup aku kosong? kenapa dan kenapa? kadang kadang aku sendiri tak dapat jawapan mencari jawapan itu sendiri.. kadang kadang aku sendiri tak tahu kenapa hidup aku terlalu kosong.. kenapa semua ni terjadi? kenapa semua ni terjadi ya allah.. kenapa? kenapa kau berikan dugaan yang seberat ini kepada hamba mu yaallah.. adalah engkau sedang menguji kesabaran aku dalam kehidupan aku ini.. hanya engkau sahaja yang tahu apa yang aku rasakan kini..

malam ini dan hari hari seterusnya.. kehidupan aku dibayangi oleh kamu.. kamu? siapakan kamu yang aku maksud kan? kamu adalah seorang insan yang paling aku sayang selama ini, dan kamu adalah seorang teman yang baik di dalam kehidupan aku.. kamu dan kamu akan berada di dalam hati aku selamanya.. aku teramat sedih apabila kamu sudah tiada di dalam kehidupan aku.. kamu telah pergi terus dalam kehidupan aku.. dan kamu tak akan pernah ade lagi dalam kehidupan aku buat selamanya. dan kamu tak kan pernah aku berjumpa lagi buat selama lama nya.. 

kenapa semua ini harus terjadi di dalam keluarga kita? mengapa? mengapa harus terjadi..  mengapa bukan orang lain sahaja yang lalui masalah ini.. mengapa kamu? yaallah... tidak terkata betapa rindu nya aku kepada kamu.. rindu aku kepada kamu yang teramat sangat.. aku tak boleh menafikan lagi buat selama lamanya.. aku rindukan kamu, aku rindukan suara kamu, aku rindukan kamu! aku rindukan kamu! rindu kepada kamu yang teramat sangat.. aku tahu, semua yang terjadi telah tertulis.. perpisahan itu.. kenapa perpisahan itu terjadi.. kenapa dan kenapa? kadang kadang aku menjadi bingung bila fikirkan nya kembali.. 

kamu adalah ispirasi dalam kehidupan aku, kamu banyak memberi nasihat kepada aku, kamu adalah pendengar yang setia dan kamu berada di setiap saat aku kesedihan.. dan kamu pembangkit semangat ketika aku dalam kesedihan.. dan kadang kala kamu, menangis sama sama dengan aku.. kita sama sama berkongsi suka dan duka bersama sama.. dan sekarang? bila kamu sudah tiada dalam kehidupan aku, aku merasakn aku kehilangan seseorang yang teramat amat sangat.. 7bulan kamu sudah pergi di dalam kehidupan aku, dan selama 7bulan aku merasa kekosongan.. aku sudah tiada seorang pendengar yang setia. seorang ispirasi, seorang yang berada di saat aku kesedihan.. hilang, lenyap sekejap sahaja.. perit? tak terkata keperitan apabila kehilangan kamu.. tetapi? aku perlu meneruskan kehidupan aku tanpa kamu.. aku menanggung semua nya sendiri.. sejujurnya, aku tidak pernah melupakan kamu di dalam kehidupan aku..

 tetapi? aku teramat kesal apabila ade orang luar yang ingin mencampur urusan hal keluarga aku.. aku kecewa.. kenapa orang luar yang tidak tahu ape ape hal keluarga aku, menuduh yang kami sekeluarga menganainya kamu? kenapa hal ini perlu terjadi? siapa yang menceritakan semua nya hal ini.. adakah kamu dan keluarga kamu? kenapa kamu sanggup buat kami sekeluarga macam ni.. adakah kamu, sudah melupakan ape yang kami telah menolong kamu.. adakah kamu cepat lupa yang telah terjadi..

aku kecewa yang teramat sangat.. hati aku terguris dengan tingkah laku kamu.. aku kecewa kepada sesiapa yang telah mengambil tahu hal keluarga aku.. yang tidak tahu apakah yang sebenarnya yang telah terjadi dan tidak selidik kenapa perpisahan itu terjadi.. keluarga aku telah dicemuh.. disebabkan tindakan kamu dan keluarga kamu.. aku menangis dan menangis.. aku menanggung sendiri ape yang telah terjadi.. tiada seseorang pun ingin mengambil tahu kepada aku dan tiadak seseorang pun berada di samping aku ketika aku jatuh.. hanya ada dengan aku masa itu, ialah ALLAH.. dengan nya aku berbicara dengan nya aku mengadu..

ini kah yang kamu mahu selama ini? ini kah yang kamu mahu melihat.. aku teramat amat kecewa! engkau orang yang aku sayang dan engkau orang yang paling penting dalam kehidupan aku.. tetapi? ini lah balasannya.. akuterima dengan redha.. aku terima dugaan yang allah berikan kepada aku..
aku sangat sangat berterima kasih kerana kamu pernah ade didalam kehidupan aku dan keluarga aku..
kini, aku lalui kehidupan aku sendiri, tanpa sesiapa pun.. ape yang aku ade sekarang ini, adalah keluarga aku.. itu sahaja.. terima kasih kerana kamu pernah ade di dalam hati aku, sampai bila bila aku tak akan pernah melupakan kamu.. 

dan kepada yang menghina keluarga aku, aku sangat besyukur kerana telah menghina keluarga aku.. kerana? awak tidak pernah merasanya lagi keperitan yang aku lalui.. mungkin engkau berpuas hati telah menghina keluarga aku dan menghina ibu aku,  percayalah? walau macam mana pun awak memputar belit kan cerita, memputar belitkan keadaan, akan tetapi, allah maha mengatahui segala galanya.. percayalah kepada qada dan qadar allah.. 
 ini lah yang aku maksud kan, siapa kamu itu.. dia telah pergi di dalam kehidupan aku dan keluarga aku buat selamanya.. dan aku berharap dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang ini.. aku hanya mendoakan yang terbaik untuk dia.. dan mencari kehidupan yang baru..

No comments:

Post a Comment