Saturday 31 December 2011

2011 akan menjadi kenangan yang paling diingat sampai bila bila

assalamualaikum.. macam biasa, esok dah bermula tahun yang baru.. dan azam yang baru akan dimulakan dan ditunaikan.. sebelum ke tahun 2012, aku nak remind dekat diri aku sendiri, yang tahun yang paling memeritkan 2011 yang akan aku ingat sampai bila bila.. dan aku harap, ape yang sudah berlaku akan tamat sampai disini sahaja.. biarlah menjadi mimpi ngeri dalam sejarah hidup aku..

march 2011

kisah yang paling memeritkan untuk aku menelan bila kakak ipar pergi dalam kehidupan aku buat selamanya.. dia telah berpisah dengan abang aku buat selamanya.. sejak dari itu, aku terus terputus hubungan dengan dia serta merta.. dan, dia adalah insan yang paling aku sayang.. sebab, aku tak ada kakak, jadi bila dia ada dalam kehidupan aku, aku sayang dia seperti kakak aku sendiri.. dan harapan aku, dia bahagia dengan kehidupan dia yang dia jalani sekarang ini..



july 2011

suatu babak yang aku fikirkan hanya ada di drama sahaja, tetapi ia nya berlaku di dalam keluarga aku sendiri.. apabila keluarga aku dicemuh oleh adik mak aku sendiri.. menghina kami adik beradik, dan menjatuh kan air muka mak aku di khalayak orang ramai. kenangan ni tak akan aku lupakan sampai bila bila.. ia akan menjadi mimpi ngeri dalam kehidupan aku.. biarlah.. suatu hari nanti keadilan mesti akan diketahui.. dan penghujung bulan, satu kegembiraan buat aku, bila abang aku telag bertunang seorang wanita yang dia cintai, *cewah* muka nya seakan akan belas kakak ipar aku.. mungkin kebetulan agaknya.. dan mereka disatu kan pada 21,01.2012..  semoga bahagia :)  

november 2011

pada 14.11.2011 bermula lah peperiksaan yang aku nanti kan.. sijil pelajaran malaysia.. hehe.. alhamdulillah.. aku dapat menjawab dengan baik.. dan berharap mendapat keputusan yang baik.. amin


december2011

04.12.2011.. aku mendapat tahu seorang lelaki yang aku sayang telah menghidap penyakit brain cancer.. sangat sedih bila aku dapat tahu dia mengalami penyakit tersebut.. dan aku harap dia kuat menjalani hari hari nya, dan tabah menghadapi dugaan yang allah berikan.. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia.. :)   


semoga tahun 2012 memberikan suatu kelainan dalam kehidupan aku kelak.. dan aku berharap aku lebih kuat menghadapi dugaan yang datang dan lebih matang dalam kehidupan.. :) kepada semua, selamat menjalani tahun baru 2012 dengan baik dan sempurna.. semoga azam korang semua tercapai.. :)

No comments:

Post a Comment