Tuesday 17 January 2012

AKU LETIH DENGAN SEMUA NI

assalamualaikum.. dah lama tak update, tak tau nak cerita ape ya? hihi :) , pagi ni mata tak boleh nak ditutup lagi, dan tak boleh nak dibuai mimpi indah lagi..dan jawapan yang terakhir, berblogging lah maka nya..

aku seorang perempuan.. seorang perempuan yang ada hati dan perasaan.. terlampau banyak perkara yang aku telan dan aku pendam di dalam hati ini, dan mungkin sudah parah hati ini untuk dipendam lagi apa yang aku rasa kan.. mungkin hati aku ini, dah tak mampu untuk menelan lagi pahit yang datang lagi.. kenapa ya? kenapa banyak sangat sesuatu benda tu terjadi bergolek golek menimpa diri aku sendiri? kenapa tidak orang lain? bingung otak ini dibuatnya..  

mungkin aku terlalu baik sangat dengan semua orang.. mungkin aku terlalu berlemah lembut dengan semua orang.. aaku tak pernah berkira dengan orang.. ape yang orang lain minta, aku akan tolong sebaik yang mungkin.. aku terlalu memikirkan perasaan orang lain, dan aku sanggup korban kan perasaan aku sendiri, diri aku sendiri.. terlampau banyak sangat dugaan yang datang, dan aku tanggung nya dengan seorang diri.. bila aku memerlukan seseorang, banyak sangat alasan yang diberi.. jawapan untuk mengelak dari mendengar masalah aku sendiri..

kadang kadang aku terfikir? adakah aku ini seorang patung bila susah dicari dan bila senang dilupakan? kadang kadang aku ketawa bila fikirkan.. ketawa dengan diri aku sendiri, sebab terlalu bodoh memikirkan orang, menolong orang yang cepat sangat lupa diri sendiri, lupa jasa orang lain! kejam dan sememangnya kejam! aku menangis tiada seorang pun tahu.. aku kehilangan semua orang tidak pernah ingin ambil tahu.. aku memerlukan, tiada seorang ada disisi aku.. banyak yang aku pendam di dalam hati ini, dan tak mampu aku ingin ungkap kan.. terlalu banyak yang aku pendam dan telan pahit itu sendiri..

aku tak terdaya lagi dengan keadaan semua  ini..   aku penat dengan semua ini.. mungkin orang kata aku ini selalu bermasalah.. tetapi masalah ini sudah lama aku pendam kan, terlalu lama! aku penat berbuat baik dengan semua orang, aku penat ingin mendengar masalah semua orang? kerana ape? kerana mereka akan melupakan aku sekejap sahaja.. dan bila ditimpa masalah, baru lah ingin mencari aku.. aku bukan seorang kaunseling, bila susah baru ingin mencari, dan bila senang pergi begitu sahaja..

aku deactivate facebook kerana aku ingin pergi jauh daripada mereka.. aku ingin tukar nombor telefon aku, supaya nama aku hilang di ingatan semua orang.. tetapi aku tak boleh berbuat begitu kerana aku akan menunjukkan kepada diri aku sendiri, yang aku lemah dengan mereka.. biar lah.. aku tak larat dengan semua ini.. biar lah aku bangkit dari kegelapan ini seorang diri, dan membina keyakinan dan jati diri untuk diri aku sendiri.. perit untuk melakukan, tapi lama kelamaan aku pasti boleh dengan semua ini..

dan paling terakhir, aku ingin melupuskan nama kau dari ingatan aku... walauapa cara sekali pun.. aku harap aku kuat..










No comments:

Post a Comment