Sunday 18 December 2011

JIKA NAMAMU YANG TERTULIS LAUHUL MAHFUDZ

assalamualaikum.. lama dah tak update blog ni.. jealous pulak tengok orang lain mengupdate blog.. hee.. okay, berbalik lah dengan tajuk post aku hari ni " JIKA NAMAMU YANG TERTULIS LAUHUL MAHFUDZ".. nampak special jer kan tajuk post aku ni.. ;D


betul kata orang tua kalau ada jodoh tak kemana kan.. macam tu lah yang terjadi kepada aku.. aku mencintai seseorang insan yang bernama lelaki.. apabila aku jatuh cinta kepada nya, memang tak akan ada lelaki lain lagi yang ada di hati aku selepas ini.. hanya dia. dia dan dia sampai lah ajal yang memisahkan kami berdua.. banyak dugaan yang kami lalui.. suka, duka, riang, tawa kami lalui.. adakala, kita sendiri berputus asa dengan perhubungan kita sendiri.. adakala, kita bahagia dengan perhubungan kita.. macam macam perasaan yang terpacul apabila kita mencintai seseorang.. bagi aku, biarlah setiap apa yang sudah terjadi itu berlalu pergi.. apa yang aku mahu, aku ingin hidup bahagia dengan si dia.. aku tak ingin kehilangan dia lagi buat kali entah berapa aku pun tak tahu.. aku ingin hidup bahagia dengan dia.. betapa aku bahagia nya, apabila kami sudah kembali lagi.. tak terkata kegembiraan itu ingin dinyatakan.. hanya ALLAH sahaja yang tahu kegembiraan yang aku hadapi hari ini..


terima kasih ALLAH kerana memberi peluang lagi untuk kami bersama kembali.. aku bersyukur sangat kau berikan dia untuk aku.. dia adalah insan yang paling aku sayang selama ini.. tak mungkin, aku melepas kan dia pergi lagi dari hidup aku.. hidup aku adalah untuk dia.. aku ingin bahagia disamping nya..


untuk sang kekasih hati, aku bersyukur kerana kita kembali lagi.. aku adalah insan yang paling bahagia hari ini.. aku ingin kau tahu, bahawa kau adalah lelaki yang paling aku sayang.. walaumacam mana pun kau, aku terima kau seadanya.. aku ingin bahagia disamping mu.. lupakan lah, setelah apa yang telah terjadi.. sekarang ini, kau ada aku.. aku akan ada disamping mu pada setiap saat dan setiap masa.. aku ingin kita bahagia.. aku percaya, setiap doa yang terpacul dari hati kita, akan dimakbulkan allah.. begitu juga aku, aku berdoa supaya kita saling menyayangi antara satu sama yang lain..




terima lah aku seadanya.. jika aku melakukan kesilapan tegur lah aku.. jika aku melupa kan mu, ingati lah aku.. jika aku sunyi tanpa kata, tegur lah aku.. jika aku menyakiti hati mu, beri lah tahu kepada aku supaya aku tak ulangi lagi..




i love you so much dear.. sayangi lah aku macam mana aku menyayangimu sayang.. hargai lah aku seperti mana aku hargai mu.. aku tak mahu kan apa apa, apa yang aku ingin kan, kasih dan sayang dari mu..

No comments:

Post a Comment